Thursday, 8 March 2012


Toma’ninah ni semua orang tahu kan, ada dalam rukun solat?



BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.



NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.



TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.



MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.



RUKUK DENGAN TOMA’NINAH, membongkok 90 darjah.



IKTIDAL DENGAN TOMA’NINAH, berdiri betul selapas rukuk.



SUJUD DUA KALI DENGAN TOMA’NINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.



DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD DENGAN TOMA’NINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.



DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.



MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.



MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.



MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.



TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.



Ok kalau korg lihat rukun-rukun solat di atas, ade 4 tempat di dalam solat yang perlukan toma’ninah iaitu:



Rukuk
I’tidal (bangun daripada rukuk)
Sujud
Duduk di antara dua sujud..

Apa akan jadi klau x melakukan toma'ninah kt dalam keempat-empat rukun solat ini? Rukun Solat ni kan perkara wajib yang kita kna wat dlm solat.. makanya wajib ler kita buat.. bila perkara wajib kita tak buat apa hukumnya?? ha tahu pun... TAK SAH! Ertinya tidak Sah Solat serta terbatal dan perlu dibuat semula....

Thursday, 22 December 2011

SUARA HIDAYAH..




Suara ku dengar menyeru kepadaNya
Suara bergema memuji kebesaranNya
Suara memujuk pinta mendekatiNya
Suara hidayah mengajak mentaatiNya


Itulah suara yang ku rindui
Itulah suara yang ku nantikan
Itulah suara membawa kebenaran
Itulah suara datangnya dari tuhan


Sambut ia terimalah bila datang pada kita
Kerna ia hanya datang pada hamba yang terpilih
Tidak akan kau temui untuk kali keduanya
Takkan dapat engkau cari bila ia telah pergi


Sambut ia terimalah bila datang pada kita
Kerna ia hanya datang pada hamba yang terpilih
Tidak akan kau temui untuk kali keduanya
Takkan dapat engkau cari bila ia telah pergi


Syukurilah dan amalkan
Sampaikanlah pada siapa pun
Perjuangkan dalam hidupmu
Moga rahmat Allah bersamamu

Tujuan Kita Ditarbiyah

Inilah Tujuan Kita Ditarbiyah Firman Allah Subhanahu Wataala mafhumnya "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan mendekatkan diri kepadaNya supaya kamu mendapat keuntungan" (Mafhum surah al-Maidah: 35). Ayat ini mengajak kita menambah taqwa dan menjadikan diri kita hampir kepadaNya taupun usaha-usaha ini kita panggil tarbiyah. Sesiapapun tidak boleh merasa dirinya sudah cukup baik apalagi memandang rendah orang lain kerana hakikat iman itu Allah Subhanhu Wataala sahaja yang tahu. Cuba kita renung kisah Uwais Al Qarni yang dirinya adalah seorang yatim yang miskin yang hanya memelihara ibunya yang lumpuh dan buta. Pada sisi masyarakat beliau bukanlah seorang pembesar, bukan juga dilihat sebagai ahli ibadah dan orang alim yang dimuliakan. Pemuda Yaman ini hanya melihat jiran tetangganya bermusafir untuk berjumpa Rasulullah Sallahualaihi Wasallam, sedangkan beliau tidak mempunyai bekal dan terpaksa menjaga ibunya di rumah. Sehingga satu hari beliau menyatakan hasratnya untuk bertemu Rasulullah Sallahualaihi Wasallam lalu dengan dibenarkan ibunya. Namun sesampainya ni Madinah Rasulullah Sallahualaihi Wasslam tiada di rumah kerana keluar berperang, lalu kerana ingatkan pesan ibunya beliau segera pulang semula ke Yaman tanpa sempatpun berjumpa Baginda Sallahualaihi Wasallam hanya menyampaikan salam pada isteri Baginda Sallahualaihi Wasallam. Baginda Sallahualaihi Wasallam berkata kepada Saiyyidina Umar dan Ali Karamallahawajhah agar apabila berjumpa dengan orang yang terdapat tanda putih pada kedua belah tangannya dan bernama Uwais al Qarni, mintalah istighfar dan doanya kerana dia (Uwais) ialah penduduk langit bukan penduduk bumi (dimuliakan oleh para malaikat di langit). Kisah ini memberi pengajaran kepada kita agar tidak merasa diri sudah cukup amalan disisi Allah Subhanahu Wataala dan tidak merasa diri kita eksklusif dalam menjalankan apapun tugas dalam perjuangan Islam. Bukanlah berada dihapadan, berpidato dan menjawat jawatan penting bukti kita sudah mencapai kejayaan dalam proses tarbiyah, kita hanya perlu menjaga penjuru tugas maing-masing. Sama ada kita disuruh menyampaikan kuliah ataupun disuruh mengutip derma kedua-duanya ialah tugas untuk agama Allah Subhanahu Wataala lakukankah dengan bersungguh-sungguh. Satu hari Imam Hasan Al Bana menyusun kerusi dalam majlis. Lalu beliau ditanya oleh salah seorang ahli majlis itu; "Bukankah kamu pemimpin besar, mengapa kamu lakukan tugas kecil-kecil sebegini?", lalu Imam Hasan Al Bana mengatakan; "Aku tidak tahu amalan yang mana Allah Subhanahu wataala akan terima kelak." Begitu rendah hati dan tinggi budi pekerti yang ditunjukkan oleh pemimpin agung Ikhwan Muslimin ini sekalipun beliau berada di depan dan urusan gerakan dakwah. Kemudian kita ditarbiyah agar kita melebihkan urusan agama berbanding urusan perbadi. Inilah ciri-ciri yang kita harapkan ada dalam diri kita, agar Allah Subhanahu Wataala mengurniakan hidayah untuk kita mudah menajalankan tugas dalam agama Allah Subhanahu Wataala, agar kita nampak keuntungan dari pengorbanan ini ialah kebajikan yang berganda-ganda. Kita perlu sedar ridak ramai yang mahu melaksanakan kerja-kerja Islam kerana ramai manusia nampak kepentingan diri sendiri sahaja, kerja, gaji dan masa lapang hanya untuk diri sendiri dan keluarga. Jadi marilah kita lihat pada diri sendiri terlebih dahulu bagaimana akhlak kita, ilmu kita, hafazan Quran kita, ke mana masa lapang kita, di mana solat kita. Tarbiyah itu untuk kita memperingati diri sendiri, barulah kita secara tidak langsung mentarbiyah orang sekeliling kita. Wallahua'lam

Hikmah bersilaturrahim



Hikmah bersilaturrahim ialah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan
umur sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah Shallallahu
‘alaihi wasallam:
 “Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan
dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan
kekeluargaan (silaturrahim).”
(Hadits riwayat Muslim)
Begitu juga bersilaturrahim  itu boleh menambahkan kehormatan
dan pahala selepas kematiannya kerana orang-orang akan
mendoakannya setiap kali disebut kebaikannya,....