Thursday 8 March 2012


Toma’ninah ni semua orang tahu kan, ada dalam rukun solat?



BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.



NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.



TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.



MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.



RUKUK DENGAN TOMA’NINAH, membongkok 90 darjah.



IKTIDAL DENGAN TOMA’NINAH, berdiri betul selapas rukuk.



SUJUD DUA KALI DENGAN TOMA’NINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.



DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD DENGAN TOMA’NINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.



DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.



MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.



MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.



MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.



TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.



Ok kalau korg lihat rukun-rukun solat di atas, ade 4 tempat di dalam solat yang perlukan toma’ninah iaitu:



Rukuk
I’tidal (bangun daripada rukuk)
Sujud
Duduk di antara dua sujud..

Apa akan jadi klau x melakukan toma'ninah kt dalam keempat-empat rukun solat ini? Rukun Solat ni kan perkara wajib yang kita kna wat dlm solat.. makanya wajib ler kita buat.. bila perkara wajib kita tak buat apa hukumnya?? ha tahu pun... TAK SAH! Ertinya tidak Sah Solat serta terbatal dan perlu dibuat semula....

No comments:

Post a Comment