Inilah Tujuan Kita Ditarbiyah
Firman Allah Subhanahu Wataala mafhumnya "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan mendekatkan diri kepadaNya supaya kamu mendapat keuntungan" (Mafhum surah al-Maidah: 35). Ayat ini mengajak kita menambah taqwa dan menjadikan diri kita hampir kepadaNya taupun usaha-usaha ini kita panggil tarbiyah.
Sesiapapun tidak boleh merasa dirinya sudah cukup baik apalagi memandang rendah orang lain kerana hakikat iman itu Allah Subhanhu Wataala sahaja yang tahu. Cuba kita renung kisah Uwais Al Qarni yang dirinya adalah seorang yatim yang miskin yang hanya memelihara ibunya yang lumpuh dan buta. Pada sisi masyarakat beliau bukanlah seorang pembesar, bukan juga dilihat sebagai ahli ibadah dan orang alim yang dimuliakan. Pemuda Yaman ini hanya melihat jiran tetangganya bermusafir untuk berjumpa Rasulullah Sallahualaihi Wasallam, sedangkan beliau tidak mempunyai bekal dan terpaksa menjaga ibunya di rumah. Sehingga satu hari beliau menyatakan hasratnya untuk bertemu Rasulullah Sallahualaihi Wasallam lalu dengan dibenarkan ibunya. Namun sesampainya ni Madinah Rasulullah Sallahualaihi Wasslam tiada di rumah kerana keluar berperang, lalu kerana ingatkan pesan ibunya beliau segera pulang semula ke Yaman tanpa sempatpun berjumpa Baginda Sallahualaihi Wasallam hanya menyampaikan salam pada isteri Baginda Sallahualaihi Wasallam.
Baginda Sallahualaihi Wasallam berkata kepada Saiyyidina Umar dan Ali Karamallahawajhah agar apabila berjumpa dengan orang yang terdapat tanda putih pada kedua belah tangannya dan bernama Uwais al Qarni, mintalah istighfar dan doanya kerana dia (Uwais) ialah penduduk langit bukan penduduk bumi (dimuliakan oleh para malaikat di langit).
Kisah ini memberi pengajaran kepada kita agar tidak merasa diri sudah cukup amalan disisi Allah Subhanahu Wataala dan tidak merasa diri kita eksklusif dalam menjalankan apapun tugas dalam perjuangan Islam. Bukanlah berada dihapadan, berpidato dan menjawat jawatan penting bukti kita sudah mencapai kejayaan dalam proses tarbiyah, kita hanya perlu menjaga penjuru tugas maing-masing. Sama ada kita disuruh menyampaikan kuliah ataupun disuruh mengutip derma kedua-duanya ialah tugas untuk agama Allah Subhanahu Wataala lakukankah dengan bersungguh-sungguh.
Satu hari Imam Hasan Al Bana menyusun kerusi dalam majlis. Lalu beliau ditanya oleh salah seorang ahli majlis itu; "Bukankah kamu pemimpin besar, mengapa kamu lakukan tugas kecil-kecil sebegini?", lalu Imam Hasan Al Bana mengatakan; "Aku tidak tahu amalan yang mana Allah Subhanahu wataala akan terima kelak." Begitu rendah hati dan tinggi budi pekerti yang ditunjukkan oleh pemimpin agung Ikhwan Muslimin ini sekalipun beliau berada di depan dan urusan gerakan dakwah.
Kemudian kita ditarbiyah agar kita melebihkan urusan agama berbanding urusan perbadi. Inilah ciri-ciri yang kita harapkan ada dalam diri kita, agar Allah Subhanahu Wataala mengurniakan hidayah untuk kita mudah menajalankan tugas dalam agama Allah Subhanahu Wataala, agar kita nampak keuntungan dari pengorbanan ini ialah kebajikan yang berganda-ganda. Kita perlu sedar ridak ramai yang mahu melaksanakan kerja-kerja Islam kerana ramai manusia nampak kepentingan diri sendiri sahaja, kerja, gaji dan masa lapang hanya untuk diri sendiri dan keluarga.
Jadi marilah kita lihat pada diri sendiri terlebih dahulu bagaimana akhlak kita, ilmu kita, hafazan Quran kita, ke mana masa lapang kita, di mana solat kita. Tarbiyah itu untuk kita memperingati diri sendiri, barulah kita secara tidak langsung mentarbiyah orang sekeliling kita. Wallahua'lam